Wednesday, April 29, 2009

KONSERT KE 7: Terbaik terkeluar....

PM: konsert ke 7 jika dilihat dari sudut gender.... pompuan agak tengelam....

Lelaki: Fiona
- Vokal Aril, Akim dan Hafiz menonjol dan menghiburkan PM... walaupun tidak harmoni di part korus. (PENILAIAN PM: B+)

ARIL: NAKAL (GIGI)
- Best performance konsert ke 7... antara persembahan terbaik Aril...... Aril sentiasa mencuba sesuatu benda baru. bersetuju dgn pendapat Adlin, Aril miliki pakej sebagai penghibur cemerlang. Good luck Aril. (PENILAIAN PM: A)

CLAUDIA: WHEN YOUR GONE (AVRIL)
- Permulaan yang memukau.... voice permulaan Claudia berjaya menyentuh perasaan hiba PM. selepas rangkap pertama, Claudia tiada apa apa lagi yang hendak dipersembahkan selain dari menghabiskan persembahannya. persembahan Claudia agak plain namun terbaik dikalangan peserta perempuan. (PENILAIAN PM: B)

AKIM: SITUASI (BUNKFACE)
- Persembahan yang memukau.... namun Vokal yang banyak boleh di bawak ke tengah..... ke tengah laut. Akim seharusnya bijak merancang agar persembahan gaya dan vokal seimbang.... Akim sebenarnya mempunyai kekuatan Vokal yang unik dan berperisa. (PENILAIAN PM: B+)

AISHAH: FLORA CINTA (MIN MALIK)
- Suara Aishah Pop rock.... memang tak kena dengan arrangement music baru itu... banyak pitching lari, gerak badan yang sama.... ok deh... Aishah kena bayar balik hutang minggu ke 8 atau peminat akan mula bosan dengan persembahan Aishah. Aishah adalah pilihan PM selepas Zizi untuk AF7.... jangan hampakan PM dan peminat Aishah yang lain.... Berusaha! (PENILAIAN PM: C-)

YAZID: WITH OR WITHOUT U (U2)
- Permulaan yang tak jelas kedengaran.... selepas rangkap kedua Yazid mula membawa penonton ke dunia Yazid... persembahan terbaik Yazid.... dan Yazid ada peluang atas dasar tiket bakat ke Final.... peluang atas dasar tiket popular ke final sudah ada kerana undian sekarang (29/04/09 jam 11:24pm) Yazid ditangga agung... (PENILAIAN PM: A)

HAFIZ: JANGAN KAU BIMBANG SAYANG (MALIQUE N NAJWA)
- Hafiz membuktikan kepada peminat AF7 yang dia positif dalam menyahut cabaran. Dengan bakat Hafiz, fakulti, produksi, Najwa, Aril dan kreativiti Hafiz memenggal suku lirik tanpa dikesan, lagu ini boleh dianggap berjaya di sampaikan. Walaupun rap tidak sesuai untuk dinilai, tetapi Hafiz berjaya membawa elemen rap, diction rap, aura rap dan part lupa lirik... seperti artis artis rap berjaya samada di Malaysia atau di luar Malaysia. (PENILAIAN PM: B+)

ISMA: TAK MUNGKIN KERANA SAYANG (ALIYAH)
- Persembahan Isma tawar. dengan pergerakan plain dan dan sama seperti Isma di minggu kedua, Isma kena berusaha keras dengan cuba melakukan sesuatu yang diluar jangkaan untuk menghidupkan X-Factor nya.... atau Juara tahun ini dilabelkan juara pilihan kerabat diraja Brunei.... Vokal terlalu lemah.... (PENILAIAN PM: C-)

PEREMPUAN: UNTUKMU (FEMININ)
- Tiada harmoni langsung.... part korus, suara Claudia yg tinggi 1 nada menyumbangkan lagu ini selain suara pemalas Aishah dan Isma mengaburi audio visual Claudia sepanjang lagu ini berlagu.... terlalu amatur...... (PENILAIAN PM: D)


No comments:

Post a Comment