Wednesday, April 29, 2009

KONSERT KE 7: Terbaik terkeluar....

PM: konsert ke 7 jika dilihat dari sudut gender.... pompuan agak tengelam....

Lelaki: Fiona
- Vokal Aril, Akim dan Hafiz menonjol dan menghiburkan PM... walaupun tidak harmoni di part korus. (PENILAIAN PM: B+)

ARIL: NAKAL (GIGI)
- Best performance konsert ke 7... antara persembahan terbaik Aril...... Aril sentiasa mencuba sesuatu benda baru. bersetuju dgn pendapat Adlin, Aril miliki pakej sebagai penghibur cemerlang. Good luck Aril. (PENILAIAN PM: A)

CLAUDIA: WHEN YOUR GONE (AVRIL)
- Permulaan yang memukau.... voice permulaan Claudia berjaya menyentuh perasaan hiba PM. selepas rangkap pertama, Claudia tiada apa apa lagi yang hendak dipersembahkan selain dari menghabiskan persembahannya. persembahan Claudia agak plain namun terbaik dikalangan peserta perempuan. (PENILAIAN PM: B)

AKIM: SITUASI (BUNKFACE)
- Persembahan yang memukau.... namun Vokal yang banyak boleh di bawak ke tengah..... ke tengah laut. Akim seharusnya bijak merancang agar persembahan gaya dan vokal seimbang.... Akim sebenarnya mempunyai kekuatan Vokal yang unik dan berperisa. (PENILAIAN PM: B+)

AISHAH: FLORA CINTA (MIN MALIK)
- Suara Aishah Pop rock.... memang tak kena dengan arrangement music baru itu... banyak pitching lari, gerak badan yang sama.... ok deh... Aishah kena bayar balik hutang minggu ke 8 atau peminat akan mula bosan dengan persembahan Aishah. Aishah adalah pilihan PM selepas Zizi untuk AF7.... jangan hampakan PM dan peminat Aishah yang lain.... Berusaha! (PENILAIAN PM: C-)

YAZID: WITH OR WITHOUT U (U2)
- Permulaan yang tak jelas kedengaran.... selepas rangkap kedua Yazid mula membawa penonton ke dunia Yazid... persembahan terbaik Yazid.... dan Yazid ada peluang atas dasar tiket bakat ke Final.... peluang atas dasar tiket popular ke final sudah ada kerana undian sekarang (29/04/09 jam 11:24pm) Yazid ditangga agung... (PENILAIAN PM: A)

HAFIZ: JANGAN KAU BIMBANG SAYANG (MALIQUE N NAJWA)
- Hafiz membuktikan kepada peminat AF7 yang dia positif dalam menyahut cabaran. Dengan bakat Hafiz, fakulti, produksi, Najwa, Aril dan kreativiti Hafiz memenggal suku lirik tanpa dikesan, lagu ini boleh dianggap berjaya di sampaikan. Walaupun rap tidak sesuai untuk dinilai, tetapi Hafiz berjaya membawa elemen rap, diction rap, aura rap dan part lupa lirik... seperti artis artis rap berjaya samada di Malaysia atau di luar Malaysia. (PENILAIAN PM: B+)

ISMA: TAK MUNGKIN KERANA SAYANG (ALIYAH)
- Persembahan Isma tawar. dengan pergerakan plain dan dan sama seperti Isma di minggu kedua, Isma kena berusaha keras dengan cuba melakukan sesuatu yang diluar jangkaan untuk menghidupkan X-Factor nya.... atau Juara tahun ini dilabelkan juara pilihan kerabat diraja Brunei.... Vokal terlalu lemah.... (PENILAIAN PM: C-)

PEREMPUAN: UNTUKMU (FEMININ)
- Tiada harmoni langsung.... part korus, suara Claudia yg tinggi 1 nada menyumbangkan lagu ini selain suara pemalas Aishah dan Isma mengaburi audio visual Claudia sepanjang lagu ini berlagu.... terlalu amatur...... (PENILAIAN PM: D)


Tuesday, April 21, 2009

KONSERT KE-6....

LAGU BONUS: I Want To Break Free (Queen) & What I've Done (Linkin Park) hahahahahaha... tak best..... (PENILAIAN PM: C)

01. AKIM AKIM - Aurora (Estranged): Tone suara Akim sedap dan seperti biasa Akim cuma perlu tumpukan lebih banyak teknik Vokal. Akim juga perlu bentuk satu persembahan yang mantap kerana jika beginilah persembahannya untuk konsertnya di masa depan, tiada yang istimewanya. (PENILAIAN PM: B-)

02. ARIL - Yang Pernah (Estranged): Persembahan mantap cuma dicacatkan dengan permainan mic stand yang membosankan. campak mic stand, ambik, campak, ambik balik.... hahahaha so pity. pitching seperti biasa seaakan tidak cukup nafas. Penyampaian perasaan sampai. Jika Aril buat konsert, aku beli tiket! Slide itu menyakitkan. (PENILAIAN PM: A)

03. HAFIZ - Pak Belalang (Kristal): Hafiz bukan genuine rockstar. genre begini bukan makanan Hafiz. Begitu jugak movement Hafiz. Tetapi Hafiz bijak bermain Mic stand pendek dan sangat komersil valuenya. Hafiz seharusnya bijak mengawal situasi kejutan. Zizan dan Johan memang lawak gred A. (PENILAIAN PM: B+)

04. CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal): Aura Claudia terserlah jika bersama dengan band. Dan seperti biasa Vokal Claudia sentiasa konsisten setiap persembahannya. (PENILAIAN PM: A)

05. ISMA – Salah (Cokelat): Vokal Isma agak shaky dan sometime off pitch. Pergerakkan Isma jugak agak kurang menarik selain dicacatkan dengan mekap yang tebal. (PENILAIAN PM: C+)

06. AISHAH - Segi Tiga (Cokelat): Aishah sangat menarik untuk ditonton kerana tone suaranya yang lemak berkrim dan penyampaian perasaan yang sentiasa sampai. Movement? kepada fakulti AF7, pergerakkan Aishah dengan kasut tinggi memang kaku dan tidak dapat diubah lagi. Ini kerana testur badan Aishah yang panjang berbanding dengan kakinya. Jadi bagi aje la kasut casual ke, kasut sport ke, atau selipar yang beropol2.... huhuhuhu.... seperti biasa low note Aishah selalu tidak kedengaran. Aishah perlu banyak berbual dengan kawan kawan dengan suara yang jelas sebagai latihan low note. (PENILAIAN PM: B+)

07.
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded): Persembahan Yazid dalam diari lebih baik dari persembahan di konsert. Vokal kurang, penghayatan pun kurang. (PENILAIAN PM: C+)

08. QHAUD - Seruan (Lefthanded): Qhaud berjaya dari segi Vokal walaupun movementnya agak kaku terutama movement leher "kura kura"nya. Berusaha!!!! (PENILAIAN PM: A-)

Saturday, April 18, 2009

Menjelangnya Konsert ke 6 AF7

PM: Minggu Band? nice to watch.....
Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ke 6....

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

Antara kejutan yang dijangka..... band yang pelajar pernah join akan mengiringi persembahan mereka....... ^ ^..... antara pelajar² yang mempunyai band sendiri adalah Aril, Claudia, Yazid dan Isma.... seaakan dejaavu.... Kristal hanya mengiringi persembahan Hafiz, Cokelat mengiringi persembahan Aishah, Lefthanded mengiringi persembahan Qhaud, dan Estranged mengiringi persembahan Akim.... itu hanyalah "Speku"... hehehehe.... lagu yg PM nantikan adalah lagu "Ku dihalaman rindu"...........


Wednesday, April 15, 2009

KAMI THE MOVIE

aku baru tgk filem ni kat youtube.... sebelum ni aku pengikut setia Kami Series kat 8TV.... tunggu punya tunggu rupanya dah keluar KAMI THE MOVIE....
Intro dia aje dah lari skit dari drama Kami.... last sepatutnya Abu berdarah, kena halang pergi ambik SPM...
aper aper pun filem ni best...... harap ada KAMI THE MOVIE II...
Filem yang lain dari yang lain... Filem realiti.... aku nak carik CD ORInya di kedai berhampiran.

Tuesday, April 14, 2009

CLAUDIA AF7



Nama Penuh :
Claudia Fay Geres

Nama Manja :
Fay

Umur:
23 Tahun

Tarikh Lahir :
5 November 1985

Monday, April 13, 2009

She's Gone (Juliet) by Jenglott OIAM TOP 4

PM: kawan pertama aku kat blog ni telah pergi.... tak tau kenapa dan mengapa... ~mungkin kerana undian tidak mencukupi~
kepada Juliet, kalau ko anggap aku kawan awak... tulung explain aku yg blur blur ni...
aku pun dah malas nak buat entri pasal lagu tugasan minggu ni.... sbb Juliet aje yg tgk entri yg aku tulis.... so takde makna gak aku tulis kan... aku takleh halang dia... hak dia tuk pilih aper yg dia nak buat kan... gud luck to you, Juliet.... jumpa di myspes....
jgn lupa cari aku ngan blog baru time AF8 k....
aper aper pun, aku suka kawan ngan ko biar pun ko bias skit.... muhahahhaha...


P/S: kepada orang yg suka clone tu... ingat! yang ori itu lagi baik dari yg cetak rompak.... bawak bawak bertobak yerk...

Sunday, April 12, 2009

KONSERT KE 5 - TERBAIK WOK!

00. AF7 - Lucky : Hancur. Ada 3 aje part menonjol.... part Aishah, part Claudia dan part Akim (nyanyian keduanyaa....) Time kat diari okey aje lagu ni ... napa tetiba jadik kelakar lagu ni. Tiada harmoni dan low note yg flat.... (PENILAIAN PM: C)

01. ARIL – MARSHA (Aku Dan Dirimu): Gandingan yang paling mantap. Penyampaian perasaan sampai. Cuma Aril kelihatan tidak cukup nafas seperti selalu tetapi kali ini kurang ketara. Vokal Marsha jugak sedap didengar namun agak tengelam (terpakai mic lelaki kot). (PENILAIAN PM: A+)

02. CLAUDIA – VINCE (Kau Muzik Di Hatiku):Juga antara gandingan yang mantap walaupun kekadang Vince agak menonjol. Claudia konsisten setiap minggu. Dia harus mencari X faktornya. Ianya satu sebab untuk Claudia berfikir kenapa sehingga minggu ke 5 tiada persembahannya yang memukau walaupun nyanyian mantap. Bagi PM, Claudia nampak menonjol ketika dia berdiri sambil tidak senyum. Apa apa pun good luck to Claudia. (PENILAIAN PM: A)

03. HAFIZ – MILA (Terlanjur Cinta): They blend together. Cuma ada sedikit kesalahan Vokal kedua dua pasangan ini. (PENILAIAN PM: A)

04. AISHAH – ALIFF AZIZ (Dua Hati Jadi Satu): Lawak gak kalau betul2 AC random aje pilih. Lagu ini dicacatkan oleh kesumbangan Aliff Aziz. PM berpikir seketika, penonton fanatik kalau dongak kat atas, apekah dorang nampak benda best? Megapalah wardrobe AF7 bg pakaian camtu.... (PENILAIAN PM: A)

05. ISMA – ZUL 2 BY 2 (Kau Mawarku): So touching. harap kekal bahagia. Cuma Zul 2 by 2 rosakkan suasana Duet dari segi pergerakan dan expresi. (PENILAIAN PM: A-)

06. AKIM – FARAH (Jika Kau Tiada) : Tone suara Akim menarik untuk di dengar cuma Akim perlu tumpukan lebih banyak teknik Vokal. Apa dah jadik pada Farah? mungkin suara Farah dah matang dan tak best? 1st note aje dah slack. comeback tak menjadi.(PENILAIAN PM: A-)

07. YAZID – YAZER (Terharu): Persembahan paling happening. Vokal? apa apa pun, mereka Rock!!! Tarikan suara Rock yazer part tinggi dah tak brapa best. (PENILAIAN PM: B+)

08. QHAUD – HELIZA (Di Bius Cinta):Kawalan vokal yg kurang baik selain note yang terlari dari acuan. (PENILAIAN PM: C)

09. SIDI - ZAHID (Cinta Yang Sempurna): Zahid menonjol dan Sidi gagal mengimbanginya. Sidi perlu masa pembelajaran yang panjang untuk survive di dunia hiburan. Gud Luck Sidi. (PENILAIAN PM: C-)

Friday, April 10, 2009

Lagu-lagu Tugasan Minggu Ke 5 AF7

PELAJAR LELAKI

AKIM – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
QHAUD – Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
HAFIZ – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)
ARIL – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
YAZID – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)
ISMA – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)
AISHAH – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

LAGU BONUS
Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)


Sunday, April 5, 2009

AKIM AF7



Nama Penuh :
Afiq Hakim bin Ahmad

Nama Manja :
Akem

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
18 Januari 1991

p/s: sila abaikan mamat baju pink sebelah Akim tu yerk.... Juliet, ada Aweera awak kat video ni... tak silap aku, gitar yang Akim pakai tu gitar Aweera kan...

Konsert ke 4: Support Zizi di luar sana.......

PM: Ranking aku utk minggu ini... ^ ^
1. Zizi (A+)
2. Hafiz (A)
2. Claudia (A)
2. Akim (A)
2.Aishah (A)
3. Isma (A-)
4. Rubisa (C+)
5. Aril (C)
5. Qhaud (C)
5. Yazid (C)
11. Sidi (D+)


Pasni PM dah brenti mengundi student AF7.... kerana pengundi AF tahun ni ramai yang tak celik muzik.... tak terlawan PM lawan undi dorang.... Adios.

Saturday, April 4, 2009

Dub Dab konsert ke 4...

PM: Siapakah yang tersingkir malam ni? PM rasa pelajar bersuara Radio yang keluar malam ni. Siapa pula yang bakal menjadi pelajar terbaik? PM rasa pelajar paling kecik di AF7.......
Transformasi.... PM need transformasi... contohi "Mr Umbrella" yang berjaya mengubah persepsi keras PM..... ketika "Mr Umbrella" bersama band lamanya, PM dgr namanya atau suaranya dah rasa geli... namun sejak mengezutkan PM dengan persembahan2 memukaunya di OIAM, tanpa pengetahuan Juliet, PM dah tau taip YES TOMOK. inilah pengertian maksud transformasi....
harap Transformasi berlaku di konsert ke 4...
Gud luck to all Af7... Berusaha!