Thursday, May 21, 2009

USE UR ILLUSION 2: MIDNITE ^_+


Maznah Ismail (1956 - 2 November 2001), better known as Mona Fandey, was a pop singer, witch doctor, and a murderess from Malaysia. She was executed on November 2, 2001 at the age of 45, after being convicted of the murder of a politician, Mazlan Idris, in 1993.
Throughout the trial, Mona exhibited strange behaviour including appearing cheerful and was constantly smiling and posing especially for the press photographers. She would also dress extravagantly with bright and colorful designs on her dress.[3] She also remarked, "looks like I have many fans".[5] It was also reported that during her execution she uttered the words "aku takkan mati", meaning "I will never die", and was still calm and smiling.

MY FAVOURITE BASSIST - MELANIA WILLIAM



Wednesday, May 20, 2009

Sunday, May 17, 2009

Tawa Dalam Tangisan

Bila anda sedih, apa yang anda buat?
Bila aku sedih aku akan bergembira dengan idea idea lawak ku atau sumber sumber lain yang kurasakan lawak untuk dikongsi...
Anda sedih?




Ya, aku nampak gembira, wahlal ianya hanyalah "fake" dengan diri sendiri. Tapi aku seronok bila orang lain gembira kerana aku. Baru2 ini aku telah berkenalan dengan seorang kenalan Virtual yang aku sendiri pun tak tau Habitatnya dan warna kegemarannya. Hadirnya membuatkan aku terasa memiliki seseorang untuk dikongsikan, walaupun kekadang aku terasa seaakan menyusahkannya melayan aku dari segi wang dan masanya yang dia abeskan. Dan keputusannya tetap sama.... kesedihan tidak berakhir.... Hadirnya hanya seakan pain killer untuk ku.... tetapi untuk 1 penyakit yang tidak akan sembuh sampai bila bila..... apapun terima kasih kepadanya... dan aku akan terus ketawa dalam tangisan.... hohohohohh... Merry Krismas!

What i Feel?
Hayatilah lagu ini...



Lucy in the Loo - Loser Lullaby

Days go by, and I still remain the same
I sit here and cry, while i eagerly keep wondering

Why you had to go? why you’d hurt me so?

I can’t sit here and wait cuz I know
You won’t be coming home

i know I’ve done you wrong, but i’ve told you that I’m sorry
and it’s been so long, i don’t think i can go on

am i not good enough? i know it’s all so tough
i can’t ask for one last chance cuz I know
that you won’t be coming home

i guess this is the end, there’s no use of crying
and i’ll try to forget all the things that ever happened
but still i love you so, i wish i could let go

so i’ll wave you goodbye and my only friend
is this lullaby


JL-JK

p/S: aku suka guitarist pompuan tu... tapi dia rejek... itulah masalah aku.... hohohohoh... Lucy in the loo best!

Wednesday, April 29, 2009

KONSERT KE 7: Terbaik terkeluar....

PM: konsert ke 7 jika dilihat dari sudut gender.... pompuan agak tengelam....

Lelaki: Fiona
- Vokal Aril, Akim dan Hafiz menonjol dan menghiburkan PM... walaupun tidak harmoni di part korus. (PENILAIAN PM: B+)

ARIL: NAKAL (GIGI)
- Best performance konsert ke 7... antara persembahan terbaik Aril...... Aril sentiasa mencuba sesuatu benda baru. bersetuju dgn pendapat Adlin, Aril miliki pakej sebagai penghibur cemerlang. Good luck Aril. (PENILAIAN PM: A)

CLAUDIA: WHEN YOUR GONE (AVRIL)
- Permulaan yang memukau.... voice permulaan Claudia berjaya menyentuh perasaan hiba PM. selepas rangkap pertama, Claudia tiada apa apa lagi yang hendak dipersembahkan selain dari menghabiskan persembahannya. persembahan Claudia agak plain namun terbaik dikalangan peserta perempuan. (PENILAIAN PM: B)

AKIM: SITUASI (BUNKFACE)
- Persembahan yang memukau.... namun Vokal yang banyak boleh di bawak ke tengah..... ke tengah laut. Akim seharusnya bijak merancang agar persembahan gaya dan vokal seimbang.... Akim sebenarnya mempunyai kekuatan Vokal yang unik dan berperisa. (PENILAIAN PM: B+)

AISHAH: FLORA CINTA (MIN MALIK)
- Suara Aishah Pop rock.... memang tak kena dengan arrangement music baru itu... banyak pitching lari, gerak badan yang sama.... ok deh... Aishah kena bayar balik hutang minggu ke 8 atau peminat akan mula bosan dengan persembahan Aishah. Aishah adalah pilihan PM selepas Zizi untuk AF7.... jangan hampakan PM dan peminat Aishah yang lain.... Berusaha! (PENILAIAN PM: C-)

YAZID: WITH OR WITHOUT U (U2)
- Permulaan yang tak jelas kedengaran.... selepas rangkap kedua Yazid mula membawa penonton ke dunia Yazid... persembahan terbaik Yazid.... dan Yazid ada peluang atas dasar tiket bakat ke Final.... peluang atas dasar tiket popular ke final sudah ada kerana undian sekarang (29/04/09 jam 11:24pm) Yazid ditangga agung... (PENILAIAN PM: A)

HAFIZ: JANGAN KAU BIMBANG SAYANG (MALIQUE N NAJWA)
- Hafiz membuktikan kepada peminat AF7 yang dia positif dalam menyahut cabaran. Dengan bakat Hafiz, fakulti, produksi, Najwa, Aril dan kreativiti Hafiz memenggal suku lirik tanpa dikesan, lagu ini boleh dianggap berjaya di sampaikan. Walaupun rap tidak sesuai untuk dinilai, tetapi Hafiz berjaya membawa elemen rap, diction rap, aura rap dan part lupa lirik... seperti artis artis rap berjaya samada di Malaysia atau di luar Malaysia. (PENILAIAN PM: B+)

ISMA: TAK MUNGKIN KERANA SAYANG (ALIYAH)
- Persembahan Isma tawar. dengan pergerakan plain dan dan sama seperti Isma di minggu kedua, Isma kena berusaha keras dengan cuba melakukan sesuatu yang diluar jangkaan untuk menghidupkan X-Factor nya.... atau Juara tahun ini dilabelkan juara pilihan kerabat diraja Brunei.... Vokal terlalu lemah.... (PENILAIAN PM: C-)

PEREMPUAN: UNTUKMU (FEMININ)
- Tiada harmoni langsung.... part korus, suara Claudia yg tinggi 1 nada menyumbangkan lagu ini selain suara pemalas Aishah dan Isma mengaburi audio visual Claudia sepanjang lagu ini berlagu.... terlalu amatur...... (PENILAIAN PM: D)


Tuesday, April 21, 2009

KONSERT KE-6....

LAGU BONUS: I Want To Break Free (Queen) & What I've Done (Linkin Park) hahahahahaha... tak best..... (PENILAIAN PM: C)

01. AKIM AKIM - Aurora (Estranged): Tone suara Akim sedap dan seperti biasa Akim cuma perlu tumpukan lebih banyak teknik Vokal. Akim juga perlu bentuk satu persembahan yang mantap kerana jika beginilah persembahannya untuk konsertnya di masa depan, tiada yang istimewanya. (PENILAIAN PM: B-)

02. ARIL - Yang Pernah (Estranged): Persembahan mantap cuma dicacatkan dengan permainan mic stand yang membosankan. campak mic stand, ambik, campak, ambik balik.... hahahaha so pity. pitching seperti biasa seaakan tidak cukup nafas. Penyampaian perasaan sampai. Jika Aril buat konsert, aku beli tiket! Slide itu menyakitkan. (PENILAIAN PM: A)

03. HAFIZ - Pak Belalang (Kristal): Hafiz bukan genuine rockstar. genre begini bukan makanan Hafiz. Begitu jugak movement Hafiz. Tetapi Hafiz bijak bermain Mic stand pendek dan sangat komersil valuenya. Hafiz seharusnya bijak mengawal situasi kejutan. Zizan dan Johan memang lawak gred A. (PENILAIAN PM: B+)

04. CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal): Aura Claudia terserlah jika bersama dengan band. Dan seperti biasa Vokal Claudia sentiasa konsisten setiap persembahannya. (PENILAIAN PM: A)

05. ISMA – Salah (Cokelat): Vokal Isma agak shaky dan sometime off pitch. Pergerakkan Isma jugak agak kurang menarik selain dicacatkan dengan mekap yang tebal. (PENILAIAN PM: C+)

06. AISHAH - Segi Tiga (Cokelat): Aishah sangat menarik untuk ditonton kerana tone suaranya yang lemak berkrim dan penyampaian perasaan yang sentiasa sampai. Movement? kepada fakulti AF7, pergerakkan Aishah dengan kasut tinggi memang kaku dan tidak dapat diubah lagi. Ini kerana testur badan Aishah yang panjang berbanding dengan kakinya. Jadi bagi aje la kasut casual ke, kasut sport ke, atau selipar yang beropol2.... huhuhuhu.... seperti biasa low note Aishah selalu tidak kedengaran. Aishah perlu banyak berbual dengan kawan kawan dengan suara yang jelas sebagai latihan low note. (PENILAIAN PM: B+)

07.
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded): Persembahan Yazid dalam diari lebih baik dari persembahan di konsert. Vokal kurang, penghayatan pun kurang. (PENILAIAN PM: C+)

08. QHAUD - Seruan (Lefthanded): Qhaud berjaya dari segi Vokal walaupun movementnya agak kaku terutama movement leher "kura kura"nya. Berusaha!!!! (PENILAIAN PM: A-)

Saturday, April 18, 2009

Menjelangnya Konsert ke 6 AF7

PM: Minggu Band? nice to watch.....
Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ke 6....

PELAJAR LELAKI
HAFIZ - Pak Belalang (Kristal)
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded)
QHAUD - Seruan (Lefthanded)
AKIM - Aurora (Estranged)
ARIL - Yang Pernah (Estranged)

PELAJAR WANITA
CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal)
AISHAH - Segi Tiga (Cokelat)
ISMA – Salah (Cokelat)

LAGU BONUS
I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

Antara kejutan yang dijangka..... band yang pelajar pernah join akan mengiringi persembahan mereka....... ^ ^..... antara pelajar² yang mempunyai band sendiri adalah Aril, Claudia, Yazid dan Isma.... seaakan dejaavu.... Kristal hanya mengiringi persembahan Hafiz, Cokelat mengiringi persembahan Aishah, Lefthanded mengiringi persembahan Qhaud, dan Estranged mengiringi persembahan Akim.... itu hanyalah "Speku"... hehehehe.... lagu yg PM nantikan adalah lagu "Ku dihalaman rindu"...........


Wednesday, April 15, 2009

KAMI THE MOVIE

aku baru tgk filem ni kat youtube.... sebelum ni aku pengikut setia Kami Series kat 8TV.... tunggu punya tunggu rupanya dah keluar KAMI THE MOVIE....
Intro dia aje dah lari skit dari drama Kami.... last sepatutnya Abu berdarah, kena halang pergi ambik SPM...
aper aper pun filem ni best...... harap ada KAMI THE MOVIE II...
Filem yang lain dari yang lain... Filem realiti.... aku nak carik CD ORInya di kedai berhampiran.

Tuesday, April 14, 2009

CLAUDIA AF7



Nama Penuh :
Claudia Fay Geres

Nama Manja :
Fay

Umur:
23 Tahun

Tarikh Lahir :
5 November 1985

Monday, April 13, 2009

She's Gone (Juliet) by Jenglott OIAM TOP 4

PM: kawan pertama aku kat blog ni telah pergi.... tak tau kenapa dan mengapa... ~mungkin kerana undian tidak mencukupi~
kepada Juliet, kalau ko anggap aku kawan awak... tulung explain aku yg blur blur ni...
aku pun dah malas nak buat entri pasal lagu tugasan minggu ni.... sbb Juliet aje yg tgk entri yg aku tulis.... so takde makna gak aku tulis kan... aku takleh halang dia... hak dia tuk pilih aper yg dia nak buat kan... gud luck to you, Juliet.... jumpa di myspes....
jgn lupa cari aku ngan blog baru time AF8 k....
aper aper pun, aku suka kawan ngan ko biar pun ko bias skit.... muhahahhaha...


P/S: kepada orang yg suka clone tu... ingat! yang ori itu lagi baik dari yg cetak rompak.... bawak bawak bertobak yerk...

Sunday, April 12, 2009

KONSERT KE 5 - TERBAIK WOK!

00. AF7 - Lucky : Hancur. Ada 3 aje part menonjol.... part Aishah, part Claudia dan part Akim (nyanyian keduanyaa....) Time kat diari okey aje lagu ni ... napa tetiba jadik kelakar lagu ni. Tiada harmoni dan low note yg flat.... (PENILAIAN PM: C)

01. ARIL – MARSHA (Aku Dan Dirimu): Gandingan yang paling mantap. Penyampaian perasaan sampai. Cuma Aril kelihatan tidak cukup nafas seperti selalu tetapi kali ini kurang ketara. Vokal Marsha jugak sedap didengar namun agak tengelam (terpakai mic lelaki kot). (PENILAIAN PM: A+)

02. CLAUDIA – VINCE (Kau Muzik Di Hatiku):Juga antara gandingan yang mantap walaupun kekadang Vince agak menonjol. Claudia konsisten setiap minggu. Dia harus mencari X faktornya. Ianya satu sebab untuk Claudia berfikir kenapa sehingga minggu ke 5 tiada persembahannya yang memukau walaupun nyanyian mantap. Bagi PM, Claudia nampak menonjol ketika dia berdiri sambil tidak senyum. Apa apa pun good luck to Claudia. (PENILAIAN PM: A)

03. HAFIZ – MILA (Terlanjur Cinta): They blend together. Cuma ada sedikit kesalahan Vokal kedua dua pasangan ini. (PENILAIAN PM: A)

04. AISHAH – ALIFF AZIZ (Dua Hati Jadi Satu): Lawak gak kalau betul2 AC random aje pilih. Lagu ini dicacatkan oleh kesumbangan Aliff Aziz. PM berpikir seketika, penonton fanatik kalau dongak kat atas, apekah dorang nampak benda best? Megapalah wardrobe AF7 bg pakaian camtu.... (PENILAIAN PM: A)

05. ISMA – ZUL 2 BY 2 (Kau Mawarku): So touching. harap kekal bahagia. Cuma Zul 2 by 2 rosakkan suasana Duet dari segi pergerakan dan expresi. (PENILAIAN PM: A-)

06. AKIM – FARAH (Jika Kau Tiada) : Tone suara Akim menarik untuk di dengar cuma Akim perlu tumpukan lebih banyak teknik Vokal. Apa dah jadik pada Farah? mungkin suara Farah dah matang dan tak best? 1st note aje dah slack. comeback tak menjadi.(PENILAIAN PM: A-)

07. YAZID – YAZER (Terharu): Persembahan paling happening. Vokal? apa apa pun, mereka Rock!!! Tarikan suara Rock yazer part tinggi dah tak brapa best. (PENILAIAN PM: B+)

08. QHAUD – HELIZA (Di Bius Cinta):Kawalan vokal yg kurang baik selain note yang terlari dari acuan. (PENILAIAN PM: C)

09. SIDI - ZAHID (Cinta Yang Sempurna): Zahid menonjol dan Sidi gagal mengimbanginya. Sidi perlu masa pembelajaran yang panjang untuk survive di dunia hiburan. Gud Luck Sidi. (PENILAIAN PM: C-)

Friday, April 10, 2009

Lagu-lagu Tugasan Minggu Ke 5 AF7

PELAJAR LELAKI

AKIM – Jika Kau Tiada (Yusry/ Erra Fazira)
QHAUD – Di Bius Cinta (Yusry/ Melly Goeslow)
HAFIZ – Terlanjur Cinta ( Rossa/ Pasha/ Ungu)
ARIL – Aku Dan Dirimu (Ari Lasso/ Bunga Cinta Lestari)
YAZID – Terharu (Jamal Abdillah/ Mawi)
SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense/ Tirta Feat. Noe Letto)

PELAJAR WANITA

CLAUDIA – Kau Muzik Di Hatiku (Jaclyn Victor/ Vincent Chong)
ISMA – Kau Mawarku (Datuk Siti Nurhaliza/ 2 By 2)
AISHAH – Dua Hati Jadi Satu (Dafi/ Gita Gutawa)

LAGU BONUS
Lucky (Jason Mraz/ Colbie Caillat)


Sunday, April 5, 2009

AKIM AF7



Nama Penuh :
Afiq Hakim bin Ahmad

Nama Manja :
Akem

Umur:
18 Tahun

Tarikh Lahir :
18 Januari 1991

p/s: sila abaikan mamat baju pink sebelah Akim tu yerk.... Juliet, ada Aweera awak kat video ni... tak silap aku, gitar yang Akim pakai tu gitar Aweera kan...

Konsert ke 4: Support Zizi di luar sana.......

PM: Ranking aku utk minggu ini... ^ ^
1. Zizi (A+)
2. Hafiz (A)
2. Claudia (A)
2. Akim (A)
2.Aishah (A)
3. Isma (A-)
4. Rubisa (C+)
5. Aril (C)
5. Qhaud (C)
5. Yazid (C)
11. Sidi (D+)


Pasni PM dah brenti mengundi student AF7.... kerana pengundi AF tahun ni ramai yang tak celik muzik.... tak terlawan PM lawan undi dorang.... Adios.

Saturday, April 4, 2009

Dub Dab konsert ke 4...

PM: Siapakah yang tersingkir malam ni? PM rasa pelajar bersuara Radio yang keluar malam ni. Siapa pula yang bakal menjadi pelajar terbaik? PM rasa pelajar paling kecik di AF7.......
Transformasi.... PM need transformasi... contohi "Mr Umbrella" yang berjaya mengubah persepsi keras PM..... ketika "Mr Umbrella" bersama band lamanya, PM dgr namanya atau suaranya dah rasa geli... namun sejak mengezutkan PM dengan persembahan2 memukaunya di OIAM, tanpa pengetahuan Juliet, PM dah tau taip YES TOMOK. inilah pengertian maksud transformasi....
harap Transformasi berlaku di konsert ke 4...
Gud luck to all Af7... Berusaha!

Monday, March 30, 2009

TUGASAN TRANSFORMASI MINGGU KE 4

PM: Phewittttt!!! Minggu Tribute to Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search....
PM membesar dengan semua lagu-lagu Amy Search dan beberapa lagu Datuk Siti Nurhaliza...

Senarai Tugasan konsert minggu ke 4 (susunan mengikut lagu yang PM tak sabar nak dengar)...

1. AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
2. ISMA – Kerja Gila
3. YAZID – Aku Cinta Padamu
4. ZIZI – Aku Dah Bosan
5. CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major

LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley)

6. RUBISA – Tiada Lagi (Lagu ni penyanyi sebenarnya wanita gak... so kurang fair skit...)
7. SIDI – Kumilikmu
8. AKIM – Destinasi Cinta
9. ARIL – Lakaran Kehidupan

10. QHAUD – Di Taman Teman
11. HAFIZ – Cinta Ini

P/S: tak sabar nak tgk aksi Ibu kepada anak lima tu buat aksi aksi gila....

Rindu Lotter AF4? Fring!!!!



PM: masih ingat Lotter? nantikan kemunculan Albumnya bersama The Divine Masters.... Fringggg!!!!


ni pula persembahan Live dorang..... heheheh....


PM: Lagu ini PM tujukan buat PB (Pen Biru).....

Sunday, March 29, 2009

Konsert Ketiga - Retro AF7

PM: Ranking aku utk minggu ini... ^ ^
1. Hafiz (A)
2. Isma (A)
3. Rubisa (B+)
4. Zizi (B+)
5. Aril (B+)
6. Claudia (B+)
7. Rini (B)
8. Qhaud (B-)
9. Yazid (B-)
10. Akim (B-)
11.Aishah (C-)
12. Sidi (D+)
13.Obri (D+)
14. AB (TH)

Komen: Apa yang Adlin (Pengkritik ketiga) cakap tu sama ngan komen PM untuk setiap pelajar.... hehehe...
Fakulti AF7 perlu memilih lagu yang boleh mengangkat pelajar dan bukan membuatkan nampak biasa-biasa atau drop terus.... (seperti yang dialami oleh Obri)...
Dan kembalikan elemen elemen kejutan AF..... atau AF7 diklafikasikan sama aje dgn program2 realiti tv yang lain.... jgn musnahkan Akademi Fantasia.... ^ ^


Ranking Pen Merah:
A+ = Sangat Sangat Cemerlang
A = Sangat Cemerlang
A- = Cemerlang
B+ = Sangat Sangat Baik
B = Sangat Baik
B- = Baik
C+ = Memuaskan
C = Sederhana
C- = Boleh Diperbaiki
D+ = Hampir memuaskan
D = Kurang memuaskan
D- = Tidak Memuaskan
E = Tidak melepasi Piawai
TH = Tidak Hadir

Saturday, March 28, 2009

2 FACE dan menjelangnya konsert 3



PM: Serius... orang yg 2 face tidak akan kekal lama tak kira dalam mana mana bidang... dalam bidang hiburan pun byk orang jenis ini...
Oraite menjelangnya konsert ke 3... sudahkah anda menunaikan tanggungjawab? undi jgn tak undi... (PM topupkan hanpon mak aje... terpulang siapa dia nak decide pilih... hiburkan orang tua kita........ tp maybe dia pilih Hafiz kot... huhuhuhuhu)

Tujuh Pilihan PM (Setakat konsert ke 2)
- Hafiz
- Claudia
- Aishah
- Isma
- Zizi
- Akim
- Qhaud

sori wok!! (wok with Yan)
Jom santai dgn Famili, kawan2 atau jiran dengan menonton konsert AF7....

Thursday, March 26, 2009

Diari hari ke 4 minggu ke 3........

PM: seronok melihat drama drama konflik di AF7.... teruja sehingga memakai headset untuk mendapat gambaran yang lebih jelas...
Jika kita imbas konsert af1-af6..... masalah back up vokal tidak wujud.... Dalam situasi diari ari ini... PM setuju dengan kebebasan Eropah Akim.... sbb cikgu pun sendiri meminta pelajar sendiri mengatur backup singer.... memang isu lagu sendiri pun blum hafal dgn baik but kena ingat gak orang lain pun back up kita.... fair and square... sebenarnya kalau kita ada human sense dan ada NIAT-ELYANA.... kita akan ambik perhatian terhadap permintaan rakan kita.... of coz la tak dengar kan kalau memang dah mind set takde niat nak tolong.... tak susah pun part soprano yg Akim nak.... back up singer pun bleh dapat bonus tau... (cth Mila....) jangan "JUAL IKAN"....
dannnnn.... ada wujud watak 2 face aku rasa dalam diari ari ni... gambaran penuh akan kita dapat esok ari... ekekekke.... calo.... Miss Daniel...

p/s: Juliet, tulung back up aku lagu kebangsaan Portugal.... (ko kan ada sora Alto)

Tuesday, March 24, 2009

OK DEH FAN CLUB ^ ^

Pendapat orang ramai tentang persembahan Aishah di Konsert ke 2....

MR MANAGER
Critique: It is always a pleasure to listen to good singing, and Aishah demonstrated just that. Expressive, controlled phrasing, nice forward placement, a steady pitch and very well projected high notes. You could hear that ringing in her high register. Nice. The only fault I could detect was her uncomfortable and pretty obvious shift from chest register to head register. Tukar gear ada susah sikit. Her passagio isn't strong yet and she needs to work on that to give her mid-range more strength. The second half of the medley was weak. This girl is a ballad singer. She needs to explore fast songs if she wants to shine. 4 STARS

BAD
Aishah (Coba / Gila)
I love her 'Coba'! Beautiful! Suara Aishah memang cristal clear masa nyanyi lagu 'Coba'. It cuts through hingga menusuk kalbu. Untuk lagu 'Gila', Aishah nampak macam mengah sikitlah but i still 'gila'kan performance dia. I think one of the best performances of the night. She is someone that everyone else kena pandang serious. Likeable factor dia sangat kuat. Cuma I nak cakap sikit kat orang yang buat styling. Rambut Aishah was a little bit old fashion for an eighteen year old girl. Kalau pakai cekak dan rambut pakai lepas jer dah cukup manis untuk dia. 10 Afundi untuk Aishah from me! Sweet, sweet girl!

KUDSIA
Aishah seterusnya diberi cabaran membawa lagu-lagu COBA/ GILA. She's so tiny and cute, and thank GAWD wardrobe minggu ni dah lakukan sesuatu dengan imejnya, and she looks more like an artiste dan bukannya budak sekolah. Kawalan vokal boleh lagi diperbaiki untuk lagu COBA, and even more masa masuk lagu GILA. Dah shaky sikit dah. I mean, she tried, tapi sama macam minggu lepas, tak konsisten.

PROFKUSUT
AISHAH- Credit utk Aishah utk lagu COBA.. siyesly sedap laa..And ada kelainan bila lagu ni versi pompuan... walaupun hanya berdiri tegak.. tapi boleh rasa..!! Sore memang jelas. Diction ok..Bila not2 tinggi.. agak pitchy..! tapi still sedap gak la.. rasa nak dgr lagu COBA tu sampai habis... takmo dgr lagu GILA dah.. huahuahua... 2nd song ok..! tapi sekali lagi KASUT itu jadi masalah..! Sayang tol.. dier mampu all out.. Dier nyanyi dah ok! cuma showmanship kureng...takut jatuh agaknya. Kesian tol...sapa la bertanggungjawab tentang kasut tu.. KASUT ITU MEMANG HAMPEH..!

JOE LEE:
AISHAH
Coba/Gila
Rating : ***
I said it once, I'll say it again. Aishah is one of the only ones with her own stamp on everything she does, performance wise. She went horribly off in the climax of Coba, I think after her ok performance of Gila - which she didn't manage to take on as well, Aishah is more suited to more poppy folk rock sounds cause that is what is best suited to her.
Adlin spot on bab sebutan dia yang jelas, which is something not every singer is able to deliver. Crisp and clean gituh.
Still, she is a serious contender for the final for sure in terms of quality.

SULTAN MUZAFFAR: Kalau saya diberikan peluang untuk memilih Pelajar Cemerlang, saya akan pilih Aishah !

KARL: Aishah, i really like her... she's so cute & her voice is 'something' to me. Hopefully that she'll get a chance to sing 'Stay' by Estrella.


PM: Actually, AISHAH is Current trend..... Ok Deh!


FORUM AISHAH FC

Monday, March 23, 2009

Cadangan Lagu Lagu Transformasi untuk Astro!

PM: Pemilihan lagu untuk pelajar2 sangatlah penting dalam menjaminkan kejayaan Astro... Persoalan mengapa Amylea (ex AF3) boleh dianggap berjaya dan terserlah di OIAM 3 (seperti yang diutarakan oleh Sultan boleh dijawab sekurang-kurang untuk 4 markah dari 10 markah penuh). Ya, Pemilihan lagu yang sesuai dgn kemampuan dan warna tone peserta penting. Memang benar pelajar harus menyahut setiap cabaran yang diberikan, tetapi cabaran itu biarlah yang hanya 1 peringkat lebih tinggi dari tahap kemampuan.... Masikah anda ingat bagaimana Bob Af2 terkapai kapai dengan lagu alhamdulillah? Masihkah anda ingat bagaimana soraknya penonton di stadium melihat Faizal Af4 menyanyikan lagu Smell like teen spirit.... biarpun byk tercampak2 campak tone dan tempo....? Mengapakah lagu sendiri Riz di konsert Akhir AF6 gagal masuk ke telinga peminat seperti lagu sendiri Nubhan? walaupun mereka dipisahkan jarak kedudukan carta di kalangan peminat...... yup lagu menentukannya...... Aspek inilah yang Astro perlu tekankan......


Berikut adalah cadangan lagu lagu transformasi untuk Astro...... (biarpun penerbitnya tak baca pun.....)

1. Aishah -Stay (Estrela)
2. Zizi -Dear God (Avenged Sevenfold)
3. Sidi -hanya ingin kau tau (republik)
4. Akim -Suratan takdir (Gersang)
5. Hafiz -Alasanmu (Exist)
6. Yazid - tentang aku, kau dan dia (Kangen Band)
7. Rini -Kini kau tiada (sarimah)
8. Qhaud - Lantera Percintaan (Mel ex-Wings)
9. Rubisa - Bertaktha di hati (Faradiya)
10. Obri -Sanubari (Cradle)
11. Aril - Disini (AC Mizal)
12. Claudia -Shes gone (Steel Heart)
13. Isma -Untukmu (Feminin)

Sunday, March 22, 2009

TRANSFORMASI MINGGU KE 2

Pada semua penonton penonton... nantikan Aishah OK Deh~~

PM: Pilihan PM telah bertransformasi di konsert ke 2.....

CARTA KEDUDUKAN PILIHANKU DAN MARKAH....

1. HAFIZ – CINTA INI MEMBUNUHKU (Ranking Pen Merah: A)
- Hafiz ada aura pada suaranya..... persembahan kedua terbaik Hafiz selepas lagu kita...
TOYOL (Ranking Pen Merah: A)
- Persembahan mantap.... Hafiz memang konsisten....

2. CLAUDIA – WANITA (Ranking Pen Merah: A)
- Memang Claudia berjaya on kan lagu ni..... Emosi persembahan jugak lengkap....
KUMAHU (Ranking Pen Merah: A-)
- Lagu keduanya agak loose sedikit.... tapi masih sangat menghiburkan.... mungkin stamina???

3. AISHAH – COBA (Ranking Pen Merah: A+)
- Bagi PM.... Persembahan lagu pertama Aishah Coba adalah yang terbaik untuk minggu ke 2. PM lebih suka versi Aishah dari penyanyi asal(maaf kepada peminat Superman ini). Kita semua dapat rasakan perasaan yang diberikan oleh Aishah dan dibuai buai dengan kelunakkan suara Aishah..... sambil dibantu oleh wajah dan tubuh yang comel....
GILA (Ranking Pen Merah: B)
- Sayangnya Aishah gagal dalam lagu keduanya GILA... Adlin memang bijak... bersetuju dengannya... Aishah dalam keadaan tidak adil.... plisss la tenaga produksi ASTRO... Aishah memang kekok dengan kasut itu... membiasakan boleh, BUT biarlah berasas dan masa yang tepat....

4. ISMA – JAT DA DA DA (Ranking Pen Merah: A-)
- Lagu ni pun boleh lepas ker? tak sedap lagu ni....
HELLO (Ranking Pen Merah: B+)
- Lagu ni pun tak sedap di telinga segelintir orang.... termasuk PM... Pemilihan lagu untuk "Siti" ni tak sesuainya....

5. ZIZI – SEMBILU (Ranking Pen Merah: A-)
- Zizi berjaya menyampaikan lagu sembilu tanpa dibayangi oleh ella.... tapi benar... kangkang pompuan pakai skirt memang tak cantik....
WONDERWOMAN (Ranking Pen Merah: B)
- Penyampaian Zizi di lagu kedua tak menarik.... dan tempo agak berterabur sedikit...

6. AKIM – SATU (Ranking Pen Merah:B+)
- Akim mempunyai vokal yang baik dan mempunyai warna suara yang boleh berjaya di dunia hiburan ini...
BURONAN CINTA(Ranking Pen Merah:B+)
- Akim berjaya membuatkan PM suka lagu ini.... go go Akim... teruskan BERUSAHA!

7. QHAUD – BILA NAK NAIK SAKSI (Ranking Pen Merah:B+)
- Tidak dibayangi penyanyi asal... quite well good... tapi dibayangi penyanyi Ziana Zain pula... huhuhuhu...
LAGU UNTUKMU (Ranking Pen Merah:B)
- Lagu ini memang sukar dinyanyikan.... biarpun pitch Qhaud agak lari sedikit... dia dikira masih berjaya... kerana lagu ini memang sukar dinyanyikan dalam LIVE....


(KEMUNGKINAN KONSERT AKHIR AF7 menampilkan 7 FINALIS...... SEMPENA AF musim ke 7... dan Tiara suka kan 7... 7 hantaran...)

ADILA – Merawat Luka Terpendam(Ranking Pen Merah:B-)
- Asyik(Ranking Pen Merah:B)

RINI – Aku Sindarela(Ranking Pen Merah:B)
- Kiblatku(Ranking Pen Merah:C+)

OBRI – Akan Tiba (Ranking Pen Merah:C+)
- Ada Untukmu (Ranking Pen Merah:B-)

RUBISA – Dingin (Ranking Pen Merah:c+)
- Gagap (Ranking Pen Merah:C)

YAZID – Lelaki Ini (Ranking Pen Merah:c+)
- Fikirlah (Ranking Pen Merah:D)

ARIL – Benar-Benar (Ranking Pen Merah:D-)
- Robot (Ranking Pen Merah:c)

SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Ranking Pen Merah:D)
- Kukoo(Ranking Pen Merah:D-)

AB - (Ranking Pen Merah:TH)


Ranking Pen Merah:
A+ = Sangat Sangat Cemerlang
A = Sangat Cemerlang
A- = Cemerlang
B+ = Sangat Sangat Baik
B = Sangat Baik
B- = Baik
C+ = Memuaskan
C = Sederhana
C- = Boleh Diperbaiki
D+ = Hampir memuaskan
D = Kurang memuaskan
D- = Tidak Memuaskan
E = Tidak melepasi Piawai
TH = Tidak Hadir


Harapan PM:
1. Nyanyian dan Tarian Menuju Puncak harus ada....... (MAKBUL. TARIAN MENUJU PUNCAK PALING TERBAIK DALAM SEJARAH AF.... NYANYIAN KEDUA TERBAIK SELEPAS NYANYI MENUJU PUNCAK MIMING MUSIM MUSIM LALU).
2. Elemen kejutan harus diselitkan... AF menarik kerana elemen ini... (lawak, sedih, personal, cinta, persahabatan semua ada dalam AF) (ANTARA FAKTOR AF7 TAHUN INI AGAK HAMBAR SEDIKIT)
3. Sistem bunyi mantap.... (Harus)(ADA SEDIKIT TRANSFORMASI... TERUSKAN USAHA)
4. Tagline harus ada untuk memeriahkan suasana penyokong.... Tagline PM: Berusaha!
(OK DEH.....)


Yang Mencacatkan konsert ke 2...
1. Tiada penari...
2. Cara penyingkiran Adila oleh AC....
3. Pengkritik ke 2...
4. Aril yang nampak kurang ajar.... wok wok juga... tapi tgk la jarak umur.... hormatilah orang yang lebih tua...
5. Tiada diberikan kesempatan memberi ucapan peserta yang tersingkir...
6. Tiada kejutannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....
7. penataan cahaya pentas...

Saturday, March 21, 2009

Menjelang Af7 Konsert Kedua....

PM: Malam ini tepat jam 9 malam sebilangan rakyat Malaysia akan berhimpun lagi di depan kaca TV (ok ler tu dari buat perhimpunan haram) dengan Famili, saudara mara, kawan kawan dan mungkin sendirian berhad untuk menyaksikan satu konsert transformasi persembahan pelajar AF7...
Sudah kah anda menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi?

Siapa kah yang bakal tersingkir dan berapa kuantiti pelajar yang keluar? empat?
Adakah pengundi masih terpedaya membuat keputusan dari pengaruh Diari? jika Ya, mungkin yang menjadi mangsa adalah Rini, Aril atau Qhaud....
Jika di lihat sesi persembahan di depan tenaga pengajar ketika sesi diari harian AF7, Rini mendahului prestasi pelajar pelajar yang lain... Elemen ini tidak dapat membantu jika anda berada di AF7....
Adakah Pelajar yang jarang di highlght di diari AF7 menjadi mangsa? jika ya, mungkin Obri dan Hafiz pula yang akan mengusung keluar beg atau mungkin objek baru .... (AF7 byk mengubah elemen tradisi lama AF)....
Atau elemen rupa paras yang menentukan konsert kedua ini? pelajar perempuan harus bersedia... af1-af6.... penonton yang mengundi majoritinya perempuan....

Harapan PM:
1. Nyanyian dan Tarian Menuju Puncak harus ada.......
2. Elemen kejutan harus diselitkan... AF menarik kerana elemen ini... (lawak, sedih, personal, cinta, persahabatan semua ada dalam AF)
3. Sistem bunyi mantap.... (Harus)
4. Tagline harus ada untuk memeriahkan suasana penyokong.... Tagline PM: Berusaha!

Jumpa di Sanaaaaaaaaaaaaaa.............. ^ ^ V

Thursday, March 19, 2009

MINGGU ke 2 DIARI AF7 HARI PERTAMA

PM: SENARAI LAGU TUGASAN PELAJAR PELAJAR AF7
PELAJAR LELAKI
YAZID – Lelaki Ini (Anuar Zain) + Fikirlah (Aizat)
ARIL – Benar-Benar (Adam) + Robot (Adam)
QHAUD – Bila Nak Saksi (Spider) + Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
SIDI – Selamat Ulang Tahun Sayang (Imran Ajmain) + Kukoo (Ferhad)
OBRI – Akan Tiba (Aliff) + Ada Untukmu (Nubhan)
HAFIZ – Cinta Ini Membunuhku (D-Masiv) + Toyol (Aznil)
AKIM – Satu (Dewa 19) + Buronan Cinta (The Lima)

PELAJAR WANITA
RUBISA – Dingin (Ziana Zain) + Gagap (Stacy)
CLAUDIA – Kumahu (Siti Nurhaliza) + Wanita (Siti Nurhaliza)
ADILA – Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) + Asyik (Amelina)
AISHAH – Coba (Faizal Tahir) + Gila (Mila)
ZIZI – Sembilu (Ella) + Wonder Women (Mulan Jameela)
RINI – Aku Sindarela (Amylea) + Kiblatku (Hazami)
ISMA – Jat Da Da Da (Dia Fadilla) + Hello (Farah Asyikin)

Manager Floor pasti penat asik asik bg signal masa over run... good luck to all contestant.... dan kepada ASTRO please... tingkatkan kualiti terutama bahagian sistem bunyi.........

Monday, March 16, 2009

Kawanku yang dah transformasi ke Juliet...

Hari ni hepi sangat kerana blog "suam suam sejuk" ini dikunjungi oleh oleh kawan yang asal aje Akademi Fantasia.... jumpa.... asal jumpa aje... Akademi Fantasia... kami mula berkenalan dengan harga RM0.50, kami sama sama meminati gaya chatting Qenari (blum dapat kebenaran bg link blognya), kami masing2 tau no pon, kami pernah berdebat/bertarik tarik rambut di forum rasmi, kami pernah bertgk tgk pic pic huduh memasing di myspes, kami pernah main buzz buzz di YM, kami pernah hampir bertemu ketika dia naik pentas konvo... dan kali ini kami berbias bias pula di blog... ekekeke... kawan yang di maksudkan adalah Juliet.
Adakah ini dikatakan transformasi? i like....
kepada Juliet (nama transformasinya), sila jangan bias yerk... ekekekek... Salam blog... ^ ^

Sunday, March 15, 2009

Siti Nurhaliza - Rumandawi (Dusun)

PM: Untuk bergelar bintang yang lengkap dan dikagumi ramai..... Contohi lah Penghibur kita Siti Nurhaliza.... Sebutan bahasa Dusunnya hampir Perfect.... /clap.


Konsert Transformasi Pertama Af7


Konsert Pertama AF7 (FULL), credit to : Rohaidi

PM: Gembira... 1st time dikunjungi pengunjung dan di beri komen.... rasa nak bagi hadiah misteri aje kat Gidong ni.... hahahahha....
Konsert Af7 pertama telah berlangsung semalam dengan pelbagai maklum balas untuk Af7 ni....
ada yang persoalkan tentang kehilangan lagu berhantu "menuju puncak" dan tariannya... ada yang suka dengan kehadiran fantastik... ada yang mengkritik mutu sound system.... pelbagai cerita boleh kita dengar.... kita lihat sudut positif .... "AF7 masih relevan di kalangan masyarakat Malaysia" .... ini dapat dilihat dengan masyarakat masih memberi feedback apa yang dihidangkan oleh Astro ini.

Dah dapat peserta pilihan af7 Anda?

ADILA
Edrie kata persembahan penuh keyakinan. Vokal yang bagus dan persembahan pembukaan yang baik
Dato' Kathy kata tak dapat dengar suara kerena ditenggelamkan muzik. Persembahan yang yakin. Tetapi bukan sekadar mencari penghibur, tapi mencari penyanyi
Adlin kata nyanyian pembukaan lemah. Persembahan dan interaksi seperti sudah menyanyi dan memiliki 18 album. Agak berlebihan
PM: Vokal yang baik, pesembahan yang konfiden.... walaupun gangguan sistem bunyi, Adila membuktikan Profesionalnya dengan menjayakan persembahannya secara total. Agak malang bagi Adila kerana walaupun dibantu oleh wajah yang comel, persembahannya dilihat di mata cute Pen Merah sebagai biasa biasa sahaja. Tiada yang menarik dan warna tone suaranya juga tidak mampu menarik Kredit handphone PM. (Ranking Pen Merah: C+)

SIDI
Edrie mengingatkan bahawa Sidi merupakan orang pertama yang mendapat kad hijau ketika ujibakat. Tapi persembahan pada malam ini nampak gugup. perlu menyerap lebih banyak pelajaran di akademi
Dato' Kathy kata tumpukan kepada vokal dan jangan takut
Adlin kata berikan leboh perasaan kepada lagu. Namun, tidak mengharapkan terlalu banyak untuk konsert pertama
PM: Tone warna Sidi sangat cantik (ala ala penyanyi Keris Patih tu...) tapi kegugupannya dan pemilihan lagu yang kurang sesuai membunuh Sidi. Jika ada kesempatan untuk memilih lagu di minggu seterusnya, Sidi boleh memilih lagu yang lebih melodik dan nada nada rendah tetapi besar seperti Republik-Ingin kau tahu.. (Ranking Pen Merah: E)

YAZID
Edrie kata nyanyian nampak penuh kejujuran. Tapi perlu belajar lebih tentang teknik nyanyian
Dato' Kathy kata Yazid berani memilih lagu nyanyian asal Jamal Abdillah. Tetapi perlu berlatih lebih lagi
Adlin kata nyanyian verse lemah. Perasaan lambat datang
PM: Masalah Tempo........ Yazid seharusnya tidak terpengaruh dengan cara nyanyian Jamal biarpun Yazid adalah antara pelajar yang mempunyai kekuatan tone yang unik. (Ranking Pen Merah: C-)

ZIZI
Edrie kata persembahan dan suara yang baik. Namun ada kekurangan dengan persembahan pentas. Perlu memperbaiki kebimbangan yang jelas kelihatan
Dato' Kathy kata nampak pancit. Namun seorang penyanyi yang bagus, bertenaga dan lincah di atas pentas
Adlin kata suara matang, bersemangat dan penuh keyakinan. Penuh perasaan dan bertenaga
PM: Setelah melihat persembahan nyanyian Zizi, PM berkata dalam hati.... inilah pelajar pilihan PM untuk menjuarai AF7..... karakter, rupa paras, tone dan gerak tubuh semua lengkap ada pada Zizi.... Masalah Zizi adalah kekurangan stamina dan low notenya.... Taip Afundi Zizi dan hantar ke 32999..... (B+)

ISMA
Edrie kata sungguh bagus. Kawalan suara baik dan keseluruhannya baik.
Dato' Kathy kata lagu sesuai dengan suara dan menyanyi dengan baik. Vokal terbaik dalam pelajar AF
Adlin kata permulaan yang hebat. Tetapi kena tahu kawal perasaan. Tenaga semakin berkurangan menuju ke penghujung persembahan. Kekurangan fokus
PM: Persembahan Kakak Tomok ini sangat menarik walaupun mengalami masalah low note... Kawalan Vokal terutama note tinggi sangat baik walaupun kedengaran seperti vokal Siti Nurhaliza sebelum Kawen.... (B+)

AKIM
Edrie kata persembahan yang bersahaja. Lagu bersesuaian dengan imej yang ditonjolkan. tetapi perlu kawan suara ketika menjerit.
Dato' Kathy kata lagu ini terlalu tua dan perlu mencari lagu yang sesuai dengan imej. Kelihatan lagu ini terlalu berat. Namun nyanyian masih bagus.
Adlin kata ada keberanian dan keyakinan tetapi tidak konsisten. Persembahan yang kontra dengan susunan lagu. Namun persembahan ada gaya
PM: Ramalanku salah..... Akim menidakkan pandangan PM terhadap AKIM sebelum Konsert AF7 pertama..... apa yang Akim perlu buat selepas ini adalah berusaha belajar dan jangan lagi terlalu bermain....... (Ranking Pen Merah: C+)

CLAUDIA
Edrie kata nyanyian agak 'pitcy'. Suara agak garau. Persembahan seperti seorang profesional. penghibur yang cemerlang
Dato' Kathy kata dia suka dengan persembahan. Suara rock dan bersesuaian dengan lagu. Tetapi perlu kawal nota rendah
Adlin kata persembahan yang baik. Tetapi persembahan perlu dirancang. Kekurangan imiginasi dan perlu lebih berimiginasi. Beri lebih warna dalam persembahan
PM: Claudia menghampakan PM........ Nada rendah bermasalah.... tempo tersasar.... dan dinamik persembahan kurang.... mungkin kekerapan membuat persembahan menyebabkan Claudia nampak kurang dinamik dan terasa seperti biasa biasa sahaja. (Ranking Pen Merah: B-)

HAFIZ
Edrie kata persembahan yang sangat bagus. Ada pakej sebagai penghibur
Dato' Kathy kata persembahan yang bagus. Sangat hebat. Kagum dengan nyanyian
Adlin kata imej sempoi, original. imej ini susah untuk dicari dan perlu dikekalkan
PM: PM setuju dengan rakan blog Gidong (siap bagi cemerlang tu...) Hafiz adalah terbaik bagi konsert semalam.... persembahan yang hampir sempurna ini, PM pernah rasainya ketika Persembahan Riz AF6-Ketulusan Hati musim lalu.... cuma persembahannya agak takut2 mungkin kerana minggu pertama. (Ranking Pen Merah: A)

RINI
Edrie kata karektor belum keluar. tempo lari dan patut disatukan dengan suara. Pilihan lagu tidak menguji vokal. Tidak menggambarkan imej yang dibawa
Dato' Kathy kata imej dan suara yang unik. Cuma kesilapan pemilihan lagu
Adlin kata tiada impak luar biasa dan terlalu mengawal pergerakan
PM: Tempo agak goyang, tone suara belum diuji sepenuhnya.... dan pergerakan terlalu playsafe.... adohhh.... (Ranking Pen Merah: C)

AISHAH
Edrie kata persembahan yang menghiburkan. Suara dan lagu yang bersesuaian dan nampak keyakinan diri
Dato' Kathy kata sangat berkeyakinan. Penggunaan pentas yang bagus.
Adlin kata persembahan yang bagus, berkeyakinan dan berani. Menghiburkan dan nampak ceria. Nampak perbezaan dengan pelajar lain
Sorang lagik calon peberet PM.... komen PM (bukan Bias.... korang pun dapat rasakan...) bentuk tubuh yang kecik, wajah yang comel dan sentiasa senyum dan suara yang santai dan kena dengan melodi lagu.... harap harap Aishah tak dapat lagu dari genre Rock.... (Ranking Pen Merah: B+)

QHAUD
Edrie kata lagu yang susah. Tetapi bagus kerana berani ambil risiko. lagu tidak sesuai untuk konsert pertama
Dato' Kathy kata penghibur yang bagus. Cuma perlu tumpukan perhatian kepada nyanyian dan jadi diri sendiri
Adlin kata ada dinamik yang berlainan. Persembahan yang keras, tegas, berani dan tepat. Lirik difahami dengan baik
PM: Kawalan suara seorang Qari (ala ala Mawi tu...) amat kena dengan lagu ini .... malangnya ia lebih mirip kepada menonton M. Nasir ketika prektis. di permulaan nyanyian.... 95% mirip M. Nasir. Penonton nak Qhaud dan bukan M. Nasir. (Ranking Pen Merah: B)

RUBISA
Edrie kata persembahan lambat. Mampu menahan nota tinggi dengan lebih baik.
dato' Kathy kata espresi yang baik tetapi tidak mampu mengawal nota tinggi dan rendah dengan baik. Mempunyai vokal yang baik
Adlin kata persembahan yang baik untuk konsert pertama. persembahan dinamik dan romantik. Ringkas tetapi menarik
PM: penyakit tonsil Rubisa mengecewakan PM.... PM tau kekuatan daya vokal Rubisa dalam Mystarz LG dan mini mini konsert di Sabah sempena perayaan pesta pesta yang terdapat di setiap daerah. Semoga tonsil Rubisa sembuh dan dapat mempersembahkan satu nyanyian yang memukau... tapi lawak gak Rubisa ni bila dia bg balik kat Adlin.... (Ranking Pen Merah: C-)

ARIL
Edrie kata bagaikan Rockstar! persembahan yang baik dan bersesuaian dengan personaliti
Dato' Kathy kata seperti bintang Korea. Sangat bagus dan seolah-olah mampu menggantikan Allahyarham Sudirman dan mampu menari dengan baik
Adlin kata nampak kesungguhan yang ditunjukkan. Tetapi kelihatan menonjolkan watak 'kaki perempuan'. Perlu lebih matang dalam membuat persembahan
PM: Bila kita dihidangkan makanan yang banyak dan berlebihan, selera kita akan hilang biarpun makanan itu sedap.... Persembahan Aril yang Hyper dari awal hingga akhir boleh dikatakan membunuh Aril. Aril seharusnya memvariasikan persembahannya lembut, hyper dan dinamik2 yang lain. Persembahan Total tetapi masih dikategorikan sebagai menghiburkan biarpun tiada Faktor X.... Aril boleh merujuk kepada persembahan2 Stacy musim lalu.
(Ranking Pen Merah: B+)


Ranking Pen Merah:
A+ = Sangat Sangat Cemerlang
A = Sangat Cemerlang
A- = Cemerlang
B+ = Sangat Sangat Baik
B = Sangat Baik
B- = Baik
C+ = Memuaskan
C = Sederhana
C- = Boleh Diperbaiki
D+ = Hampir memuaskan
D = Kurang memuaskan
D- = Tidak Memuaskan
E = Tidak melepasi Piawai
TH = Tidak Hadir

Friday, March 13, 2009

Tangisan Transformasi di hari ke5 AF7

PM: Transformasi diari bermula dengan cerita dibangku sekolah... motif??
Cemana nak ucapkan tahniah yerk kat Aishah dan Akim kalau PM tak tau result mereka... motif??
Akim seharusnya berusaha kerana kehadirannya di AF7 menolak 1 slot peluang untuk Kelana, Amim, dan AB..... Tangisannya di hari ke 5 di harap adalah peluang terbaik Akim meraih semula undi di kalangan penonton dan seterusnya menunjukkan perubahan.... Aril nangis? oh tidakkk!!! tidakkkk!!! (menghentak hentak mouse USB).
Rubisa sememangnya memiliki kekuatan vokal yang baik.... jika ada rezeki, harap Rubisa dapat menonjolkan kekuatan itu...... Qhaud dah mula bangkit.... ^ ^

Ramalan PM untuk konsert pertama (berdasarkan persembahan dan nyanyian terbaik)...
1. Claudia (ibu)
2. Rubisa (ibu)
3. Zizi (Awekku)
4. Isma (ibu)
5. Zahid (balak)
6. Sidi (Ayah)
7. Adila (bakal ibu)
8. Aril (balak)
9. Aishah (awek)
10. Qhaud (balak)
11. Obri (balak)
12. Rini (bakal ibu) (bakal tersingkir dalam keadaan bangga di konsert pertama)
13. Hafiz (balak)
14. Akim (balak) (bakal tersingkir dan menangis di konsert pertama)

*Sekadar ramalan di konsert pertama.... (pakar feng shui cicakman 2 yang bgtau)

Jumpa di sana.........

Thursday, March 12, 2009

Tangisan Transformasi AF7 Hari ke 4

PM: strategi tarik simpati? rasanya penonton dah cukup matang bagi strategi tarik simpati ini...... tapi kalau di lihat carta terkini AFUNDI:
ISMA : 11% ARIL : 9% ZIZI : 8% OBRI : 8% YAZID : 8% AKIM : 8% RUBISA : 7%
AISHAH : 7% QHAUD : 6% RINI : 6% CLAUDIA : 6% HAFIZ : 6% SIDI : 6% ADILA : 5% .... (setakat 13/03/09 jam 12:21pm, sumber dari ASTRO)
Berusaha all!
Kisah "Dayang Nurfaizah" sememangnya sudah dalam jangkaan Pen Merah. Sewaktu kejutan Claudia di buat, sudah wujud 1 teori di kepala PM yang ensem lagi bijaksana.... Mengapa Claudia bekerja keras siang dan malam (siang:Pelukis Pelan, Malam: Penyanyi Kelab Malam) dan maknya yang menjaga anaknya..... Ini bermakna fungsi Ayah tidak wujud di pihak lelaki... Tapi statusnya bukan janda...... Takpe Claudia... maybe u did mistake in the past.... tapi transformasikan diri anda dan lakarkan 2 sejarah baru di Akademi Fantasia: Juara dari Kaum Ibu2 dan Juara dari Sarawak............. Afundi Claudia.. Tagline CLaudia "Demi Christian" hehehe.... Tapi tak menyakinkanlah soalan2 yang diutarakan oleh JL tu.... peyoal confession Room...
Isu Kesilapan PALING BESAR : Claudia, Tunjukkan Gambar ? oleh rakan blogger PM, sultan muzaffar bagi PM tidaklah menjadi sebesar mana.... ini kerana PM jamin kesemua pelajar-pelajar memang pernah mengikuti AF dan tau konsepnya. Kalau edisi soal siasat FBI, yang disiasat sudah mindset bahawa di sebalik cermin itu mesti adalah si penyoal.... mungkin inilah yang berlaku di bilik merah itu....
Astro, bagi la kredit rm3 kat SIDI (maksud simbolik PM "bagilah peluang kat SIDI untuk bercakap sebentar dengan isterinya, Nurul Fairuz")
Pemilihan Ida Gergous sangatlah tepat........ thumb up.... PM suker.........
Aril mula mengeluarkan karekternya................................... skuad HR pasti akan berduyun duyun mengAFUNDI ARIL ..... Ajam The Gambler....
Tarian Menuju Puncak AF7 amat menarik tahun ni..... dan semangat satu Akademi nampak kukuh tahun ni......... kekalkan....

Wednesday, March 11, 2009

Hari ketiga Af7 bertransformasi...

PM: Jika dilihat para pelajar pelajar AF7 bertransformasi masih terdapat pelajar yang gagal bertransformasi biarpun masuk hari ketiga....... kata Acis, pengarah muzik AF7 "awak ni saya dengar Cikgu cakap banyak main main.... so very playful, tapi jangan playful itu menghalang awak maju"........... dan dia buat hal lagi!!! kompem!!! Calon Terbaik usung beg (samsonite?) di konsert pertama......bwah bwah bwah.....
Diari hari ketiga mula menampakkan bakat siapa calon yang bakal berjaya........ Dan pengaruh Indie menular di Akademi Fantasia.... kali ini dengan lagu Stay pula.... kesan drama "Kami" ke ni? long live Indie! berusaha!
Kepada Peminat AF..... jangan lah mengharapkan rentetan Khai-Rosma dan Velvet-Rich untuk AF7...... Rini dah ada pakwe.... Obri pun ada cinta antara benuanya..........
selalu ingin selalu.... Zizi berbakat!!! Qhaud tak bangkit bangkit lagi............
"Guy Sebastian" sudah menampakkan transformasi...
Aril? dia pasti membawa masalah......... masalah.... masalahhhh.... masalahhh (bergema dan berecho).....

Tuesday, March 10, 2009

Transformasi Hari kedua AF7

ADILA - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
ISMA - Sepi (Yuni Shara)
RINI - Elegi Sepi (Azharina)
CLAUDIA - Sempurna (Andra & The Backbone)
ZIZI - Molek (Elyana)
AISHAH - Dan Sebenarnya (Yuna)
RUBISA - Matahariku (Agnes Monica)

QHAUD - Phoenix Bangkit (M.Nasir)
YAZID - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
SIDI - Terima Kasih Cinta (Afgan)
HAFIZ - Lagu Kita (Aizat)
OBRI - Jeritan Batinku (P.Ramlee)
ARIL - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
AKIM - Hatiku Kau Luka (Alleycats)

PM: hidup lagu indie! hahahaha Berusaha! Melalui lagu lagu wishlist mereka PM dah dapat agak siapa yang akan dapat berjaya bila berada diluar sana.... lagu popular dan sedap di dengar tak menjamin anda akan berjaya diluar sana.... tak sabar PM nak dengar persembahan Zizi -molek.... sekali lagik hidup lagu indie!! Yuna!
perkara-perkara menarik di hari kedua diari af7
- Yazid berbreakdance (label kelas A tu)
- Aishah yang takde effort... katanyaaaa... tapi PM yakin Aishah dapat melakukannya dengan luar biasa....strategi Aishah pancing undi? Ye la tu...
- Vokal Rubisa yang Gred A...... tapi sayang pemilihan lagu yang kurang sesuai.... lagu popular dan sedap di dengar buatkan X-faktor melekat di lagu dan bukan orangnya.....
- Aril akan mencetuskan masalah... masalah... masalah... (bergema dan berecho)

Diari AF7 09-03-2009

PM: Afundi Adila! Afundi Adila! berusaha!
Adila pernah mencetuskan kontroversi bila pernah dikatakan bertunang dengan cucu sultan Kedah. Kontroversi panas itu selesai apabila Adila memohon maaf dan membuat kenyataan yang sebenarnya tunangnya adalah dari kerabat diraja Kedah sahaja...... dah bertunang? jangan berhenti mengAfundi Adila (hohohohoh). Melepas lah Aril....
Antara perkara menarik Diari AF7 09-03-2009,
- Claudia yang sepakej dengan Dayang Nurfaizah (sarawak jugak) diusik oleh Askrul di dapur. Claudia adalah peserta tunggal yang bukan melayu.
- Majlis Akad nikah antara Si Shuffle,The Gambler dengan Si breakdance, Yazid.
- Once its broken we consider its sold.... Adila terlanggar cermin... lawak!! thumb up kepada makcik cleaner AF7.
- Taste pelajar pelajar kali ini dalam pemilihan lagu amat unik. Semua pelajar di beri lagu wishlist mereka sendiri. Paling Unik lagu Aisyah-dan sebenarnya..... dan pemilihan lagu lelaki oleh Claudia..... menarik!
- Datin Tiara J. dipilih sebagai pengetua mencetuskan 1 transformasi dunia glamour kita. AF7 bakal menjanjikan pelapis pelapis pelakon yang boleh bernyanyi......

Pasti berjaya di Akademi Fantasia.................. (sambil buat stretching tangan kat atas)

Akademi Fantasia 7 Telah Bermula...

ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Semporna, Sabah)
CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)
AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).
ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)

Pen Merah (PM): Ini lah nama nama yang menyakitkan hati kira kira 9 ribu orang yang hadir ke ujibakat dan 6 peserta yang tak dapat ke senarai 14 peserta af7....... dan nama nama inilah yang bakal meningkatkan pendapatan peniaga peniaga yang terlibat dalam industri telekomunikasi. hauhauhau..... berusaha!
PM terpanggil untuk memblog kerana mula yakin dengan kerjaya penulisan dengan kejayaan seperti seperti Joe Lee , Sultan Muzaffar dan ramai lagi blogger blogger....... Salam Blog!