Tuesday, April 21, 2009

KONSERT KE-6....

LAGU BONUS: I Want To Break Free (Queen) & What I've Done (Linkin Park) hahahahahaha... tak best..... (PENILAIAN PM: C)

01. AKIM AKIM - Aurora (Estranged): Tone suara Akim sedap dan seperti biasa Akim cuma perlu tumpukan lebih banyak teknik Vokal. Akim juga perlu bentuk satu persembahan yang mantap kerana jika beginilah persembahannya untuk konsertnya di masa depan, tiada yang istimewanya. (PENILAIAN PM: B-)

02. ARIL - Yang Pernah (Estranged): Persembahan mantap cuma dicacatkan dengan permainan mic stand yang membosankan. campak mic stand, ambik, campak, ambik balik.... hahahaha so pity. pitching seperti biasa seaakan tidak cukup nafas. Penyampaian perasaan sampai. Jika Aril buat konsert, aku beli tiket! Slide itu menyakitkan. (PENILAIAN PM: A)

03. HAFIZ - Pak Belalang (Kristal): Hafiz bukan genuine rockstar. genre begini bukan makanan Hafiz. Begitu jugak movement Hafiz. Tetapi Hafiz bijak bermain Mic stand pendek dan sangat komersil valuenya. Hafiz seharusnya bijak mengawal situasi kejutan. Zizan dan Johan memang lawak gred A. (PENILAIAN PM: B+)

04. CLAUDIA - Keindahan Pantai (Kristal): Aura Claudia terserlah jika bersama dengan band. Dan seperti biasa Vokal Claudia sentiasa konsisten setiap persembahannya. (PENILAIAN PM: A)

05. ISMA – Salah (Cokelat): Vokal Isma agak shaky dan sometime off pitch. Pergerakkan Isma jugak agak kurang menarik selain dicacatkan dengan mekap yang tebal. (PENILAIAN PM: C+)

06. AISHAH - Segi Tiga (Cokelat): Aishah sangat menarik untuk ditonton kerana tone suaranya yang lemak berkrim dan penyampaian perasaan yang sentiasa sampai. Movement? kepada fakulti AF7, pergerakkan Aishah dengan kasut tinggi memang kaku dan tidak dapat diubah lagi. Ini kerana testur badan Aishah yang panjang berbanding dengan kakinya. Jadi bagi aje la kasut casual ke, kasut sport ke, atau selipar yang beropol2.... huhuhuhu.... seperti biasa low note Aishah selalu tidak kedengaran. Aishah perlu banyak berbual dengan kawan kawan dengan suara yang jelas sebagai latihan low note. (PENILAIAN PM: B+)

07.
YAZID - Ku Dihalaman Rindu (Lefthanded): Persembahan Yazid dalam diari lebih baik dari persembahan di konsert. Vokal kurang, penghayatan pun kurang. (PENILAIAN PM: C+)

08. QHAUD - Seruan (Lefthanded): Qhaud berjaya dari segi Vokal walaupun movementnya agak kaku terutama movement leher "kura kura"nya. Berusaha!!!! (PENILAIAN PM: A-)

1 comment: