Konsert Pertama AF7 (FULL), credit to :
RohaidiPM: Gembira... 1st time dikunjungi pengunjung dan di beri komen.... rasa nak bagi hadiah misteri aje kat
Gidong ni.... hahahahha....
Konsert Af7 pertama telah berlangsung semalam dengan pelbagai maklum balas untuk Af7 ni....
ada yang persoalkan tentang kehilangan lagu berhantu "menuju puncak" dan tariannya... ada yang suka dengan kehadiran fantastik... ada yang mengkritik mutu sound system.... pelbagai cerita boleh kita dengar.... kita lihat sudut positif .... "AF7 masih relevan di kalangan masyarakat Malaysia" .... ini dapat dilihat dengan masyarakat masih memberi feedback apa yang dihidangkan oleh
Astro ini.
Dah dapat peserta pilihan af7 Anda?ADILAEdrie kata persembahan penuh keyakinan. Vokal yang bagus dan persembahan pembukaan yang baikDato' Kathy kata tak dapat dengar suara kerena ditenggelamkan muzik. Persembahan yang yakin. Tetapi bukan sekadar mencari penghibur, tapi mencari penyanyiAdlin kata nyanyian pembukaan lemah. Persembahan dan interaksi seperti sudah menyanyi dan memiliki 18 album. Agak berlebihanPM: Vokal yang baik, pesembahan yang konfiden.... walaupun gangguan sistem bunyi, Adila membuktikan Profesionalnya dengan menjayakan persembahannya secara total. Agak malang bagi Adila kerana walaupun dibantu oleh wajah yang comel, persembahannya dilihat di mata cute Pen Merah sebagai biasa biasa sahaja. Tiada yang menarik dan warna tone suaranya juga tidak mampu menarik Kredit handphone PM. (Ranking Pen Merah: C+)SIDIEdrie mengingatkan bahawa Sidi merupakan orang pertama yang mendapat kad hijau ketika ujibakat. Tapi persembahan pada malam ini nampak gugup. perlu menyerap lebih banyak pelajaran di akademiDato' Kathy kata tumpukan kepada vokal dan jangan takutAdlin kata berikan leboh perasaan kepada lagu. Namun, tidak mengharapkan terlalu banyak untuk konsert pertamaPM: Tone warna Sidi sangat cantik (ala ala penyanyi Keris Patih tu...) tapi kegugupannya dan pemilihan lagu yang kurang sesuai membunuh Sidi. Jika ada kesempatan untuk memilih lagu di minggu seterusnya, Sidi boleh memilih lagu yang lebih melodik dan nada nada rendah tetapi besar seperti Republik-Ingin kau tahu.. (Ranking Pen Merah: E)YAZIDEdrie kata nyanyian nampak penuh kejujuran. Tapi perlu belajar lebih tentang teknik nyanyianDato' Kathy kata Yazid berani memilih lagu nyanyian asal Jamal Abdillah. Tetapi perlu berlatih lebih lagiAdlin kata nyanyian verse lemah. Perasaan lambat datangPM: Masalah Tempo........ Yazid seharusnya tidak terpengaruh dengan cara nyanyian Jamal biarpun Yazid adalah antara pelajar yang mempunyai kekuatan tone yang unik. (Ranking Pen Merah: C-)ZIZIEdrie kata persembahan dan suara yang baik. Namun ada kekurangan dengan persembahan pentas. Perlu memperbaiki kebimbangan yang jelas kelihatanDato' Kathy kata nampak pancit. Namun seorang penyanyi yang bagus, bertenaga dan lincah di atas pentasAdlin kata suara matang, bersemangat dan penuh keyakinan. Penuh perasaan dan bertenagaPM: Setelah melihat persembahan nyanyian Zizi, PM berkata dalam hati.... inilah pelajar pilihan PM untuk menjuarai AF7..... karakter, rupa paras, tone dan gerak tubuh semua lengkap ada pada Zizi.... Masalah Zizi adalah kekurangan stamina dan low notenya.... Taip Afundi Zizi dan hantar ke 32999..... (B+)ISMAEdrie kata sungguh bagus. Kawalan suara baik dan keseluruhannya baik. Dato' Kathy kata lagu sesuai dengan suara dan menyanyi dengan baik. Vokal terbaik dalam pelajar AFAdlin kata permulaan yang hebat. Tetapi kena tahu kawal perasaan. Tenaga semakin berkurangan menuju ke penghujung persembahan. Kekurangan fokusPM: Persembahan Kakak Tomok ini sangat menarik walaupun mengalami masalah low note... Kawalan Vokal terutama note tinggi sangat baik walaupun kedengaran seperti vokal Siti Nurhaliza sebelum Kawen.... (B+)AKIMEdrie kata persembahan yang bersahaja. Lagu bersesuaian dengan imej yang ditonjolkan. tetapi perlu kawan suara ketika menjerit.Dato' Kathy kata lagu ini terlalu tua dan perlu mencari lagu yang sesuai dengan imej. Kelihatan lagu ini terlalu berat. Namun nyanyian masih bagus.Adlin kata ada keberanian dan keyakinan tetapi tidak konsisten. Persembahan yang kontra dengan susunan lagu. Namun persembahan ada gayaPM: Ramalanku salah..... Akim menidakkan pandangan PM terhadap AKIM sebelum Konsert AF7 pertama..... apa yang Akim perlu buat selepas ini adalah berusaha belajar dan jangan lagi terlalu bermain....... (Ranking Pen Merah: C+)CLAUDIAEdrie kata nyanyian agak 'pitcy'. Suara agak garau. Persembahan seperti seorang profesional. penghibur yang cemerlangDato' Kathy kata dia suka dengan persembahan. Suara rock dan bersesuaian dengan lagu. Tetapi perlu kawal nota rendahAdlin kata persembahan yang baik. Tetapi persembahan perlu dirancang. Kekurangan imiginasi dan perlu lebih berimiginasi. Beri lebih warna dalam persembahanPM: Claudia menghampakan PM........ Nada rendah bermasalah.... tempo tersasar.... dan dinamik persembahan kurang.... mungkin kekerapan membuat persembahan menyebabkan Claudia nampak kurang dinamik dan terasa seperti biasa biasa sahaja. (Ranking Pen Merah: B-)HAFIZEdrie kata persembahan yang sangat bagus. Ada pakej sebagai penghiburDato' Kathy kata persembahan yang bagus. Sangat hebat. Kagum dengan nyanyianAdlin kata imej sempoi, original. imej ini susah untuk dicari dan perlu dikekalkanPM: PM setuju dengan rakan blog Gidong (siap bagi cemerlang tu...) Hafiz adalah terbaik bagi konsert semalam.... persembahan yang hampir sempurna ini, PM pernah rasainya ketika Persembahan Riz AF6-Ketulusan Hati musim lalu.... cuma persembahannya agak takut2 mungkin kerana minggu pertama. (Ranking Pen Merah: A)RINIEdrie kata karektor belum keluar. tempo lari dan patut disatukan dengan suara. Pilihan lagu tidak menguji vokal. Tidak menggambarkan imej yang dibawaDato' Kathy kata imej dan suara yang unik. Cuma kesilapan pemilihan laguAdlin kata tiada impak luar biasa dan terlalu mengawal pergerakanPM: Tempo agak goyang, tone suara belum diuji sepenuhnya.... dan pergerakan terlalu playsafe.... adohhh.... (Ranking Pen Merah: C)AISHAHEdrie kata persembahan yang menghiburkan. Suara dan lagu yang bersesuaian dan nampak keyakinan diriDato' Kathy kata sangat berkeyakinan. Penggunaan pentas yang bagus.Adlin kata persembahan yang bagus, berkeyakinan dan berani. Menghiburkan dan nampak ceria. Nampak perbezaan dengan pelajar lainSorang lagik calon peberet PM.... komen PM (bukan Bias.... korang pun dapat rasakan...) bentuk tubuh yang kecik, wajah yang comel dan sentiasa senyum dan suara yang santai dan kena dengan melodi lagu.... harap harap Aishah tak dapat lagu dari genre Rock.... (Ranking Pen Merah: B+)QHAUDEdrie kata lagu yang susah. Tetapi bagus kerana berani ambil risiko. lagu tidak sesuai untuk konsert pertamaDato' Kathy kata penghibur yang bagus. Cuma perlu tumpukan perhatian kepada nyanyian dan jadi diri sendiriAdlin kata ada dinamik yang berlainan. Persembahan yang keras, tegas, berani dan tepat. Lirik difahami dengan baikPM: Kawalan suara seorang Qari (ala ala Mawi tu...) amat kena dengan lagu ini .... malangnya ia lebih mirip kepada menonton M. Nasir ketika prektis. di permulaan nyanyian.... 95% mirip M. Nasir. Penonton nak Qhaud dan bukan M. Nasir. (Ranking Pen Merah: B)RUBISAEdrie kata persembahan lambat. Mampu menahan nota tinggi dengan lebih baik.dato' Kathy kata espresi yang baik tetapi tidak mampu mengawal nota tinggi dan rendah dengan baik. Mempunyai vokal yang baikAdlin kata persembahan yang baik untuk konsert pertama. persembahan dinamik dan romantik. Ringkas tetapi menarikPM: penyakit tonsil Rubisa mengecewakan PM.... PM tau kekuatan daya vokal Rubisa dalam Mystarz LG dan mini mini konsert di Sabah sempena perayaan pesta pesta yang terdapat di setiap daerah. Semoga tonsil Rubisa sembuh dan dapat mempersembahkan satu nyanyian yang memukau... tapi lawak gak Rubisa ni bila dia bg balik kat Adlin.... (Ranking Pen Merah: C-)ARILEdrie kata bagaikan Rockstar! persembahan yang baik dan bersesuaian dengan personalitiDato' Kathy kata seperti bintang Korea. Sangat bagus dan seolah-olah mampu menggantikan Allahyarham Sudirman dan mampu menari dengan baikAdlin kata nampak kesungguhan yang ditunjukkan. Tetapi kelihatan menonjolkan watak 'kaki perempuan'. Perlu lebih matang dalam membuat persembahan
PM: Bila kita dihidangkan makanan yang banyak dan berlebihan, selera kita akan hilang biarpun makanan itu sedap.... Persembahan Aril yang Hyper dari awal hingga akhir boleh dikatakan membunuh Aril. Aril seharusnya memvariasikan persembahannya lembut, hyper dan dinamik2 yang lain. Persembahan Total tetapi masih dikategorikan sebagai menghiburkan biarpun tiada Faktor X.... Aril boleh merujuk kepada persembahan2 Stacy musim lalu. (Ranking Pen Merah: B+)
Ranking Pen Merah:
A+ = Sangat Sangat Cemerlang
A = Sangat Cemerlang
A- = Cemerlang
B+ = Sangat Sangat Baik
B = Sangat Baik
B- = Baik
C+ = Memuaskan
C = Sederhana
C- = Boleh Diperbaiki
D+ = Hampir memuaskan
D = Kurang memuaskan
D- = Tidak Memuaskan
E = Tidak melepasi Piawai
TH = Tidak Hadir
hye...
ReplyDeletenice blog...
i've stated sape2 yg best vocal + performance dlm my blog
thanx4 visiting ya!
oitss... AISHAH patut dpt A...
ReplyDeletemuahahahahaha
apa nihhh cikgu kasik B+ jak?? :)
wehh sila melawat blog aku...
kenal aku lagi tak???
ko akan kenal aku setelah melawat blog aku nanti..
c ya..!!! :)
oitsssssssss
ReplyDeleteaku tak bayesss..!! ko lagi bayess.. muehehek
aku pegi page af la.. ko tinggalkan address ko di sana..!!
afundi zizi..!! huhu
ehh aku nak amik link ko bolehh? nak letak dkt bloglist !!!
ReplyDeleteboleh prof...
ReplyDelete